Friday, August 13, 2010

Konsep Perkhidmatan

Perkhidmatan dobi yang akan dilaksanakan oleh kami di asrama / kediaman berasaskan kepada ‘Sistem Dobi Layan Diri Automatik berasaskan Pengoperasian Syiling’ ataupun lebih dikenali sebagai ‘Automatic Multi-Coin Operated System’ yang mana sistem ini boleh menjimatkan kos dan merupakan kombinasi Multi-Slot Operated yang boleh menerima syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Melalui kaji selidik dan maklumbalas yang diperolehi daripada pengguna, perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan telah memberikan lebih keselesaan kepada mahasiswa dan memberikan mereka lebih masa untuk pengurusan akademik. Penempatan mesin basuh juga tidak perlu menggunakan ruang yang banyak.

Melalui konsep perkhidmatan dobi ini, caj perkhidmatan yang akan dikenakan adalah bersesuian dengan kemampuan mahasiswa. Caj yang akan dikenakan ditentukan berdasarkan pengunaan mesin.

Untuk setiap cucian dengan muatan maksimum 7 kilogram akan memberikan penjimatan yang terhebat di mana purata kadar caj perkhidmatan sebanyak RM0.30 sekilogram. Kadar caj ini mempunyai jurang perbezaan yang jauh berbanding dengan sesetengah perkhidmatan dobi luar di mana ianya sekitar RM.0.50 hingga RM2.00 sekilogram.

Kami juga akan melaksanakan sistem perkhidmatan dobi layan diri 24 jam, yang akan memberikan ruang masa yang fleksibel kepada pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan dobi kami.

1 comment:

INFO

Basic Info

Company Name: Insywah Enterprise
Category:Business - DOBI
Description:Menyediakan pekhidmatan Coin and Note Operated Washing Machine’ ( Mesin Basuh Menggunakan Kertas dan syiling) untuk penghuni asrama.

Contact Info

Email: nora7201@yahoo.com
Website:http://insywahdobi.blogspot.com
Office: Kuala Lumpur
Location: Kuala Lumpur/Selangor

Recent News

News:
Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan. Projek ini adalah projek mesin basuh layan diri yang menggunakan duit Kertas RM1.00 dan syiling untuk kegunaan Asrama-asrama, Kolej-kolej dan IPTA/IPTS di seluruh Malaysia.

Diharapkan program yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dan matlamat serta mendapat kerjasama dari semua pihak. Semoga program ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan segala manfaat dan kebaikan dapat dikecapi bersama.

Sofi Jaafar
Pengurus
Insywah Enterprise
H/P : 019-311 8631 / 019-3099276

SPECIFIKASI MESIN BASUH

Kapasiti Muatan Penuh 7.0 - 10.0 kilogram

Algorisme Basuhan Basuh – bilas – kering

Program Basuhan 9

Jumlah Masa Pusingan Basuhan (minit ) 45

Paparan Digital Paparan 88

Noise Level (db ) Membasuh/Mengering 45/52

Kadar Pusingan Motor (rpm ) 50 Hz 700

Kuasa Masukan (Watt ) 50 Hz 290

Maximun Power Consumption ( W/h ) 50 Hz 85

Water Consumption Cycle (liter ) 75 liter

Penggunaan Elektrik

Melalui spresifikasi di atas, penggunaan kuasa elektrik bagi setiap unit adalah 85 Watt sejam. Masa basuhan pula adalah 45 minit dan pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

1kW = 1000 W = RM 0.218

Maksimum Penggunaan Elektrik setiap basuhan = 85W @ RM 0.018

Masa basuhan lengkap adalah 45 minit = RM 0.020 (20 sen per basuhan)

Penggunaan Air

Basuhan lengkap melibatkan penggunaan air sebanyak 75 liter.

Pengiraan adalah seperti berikut :

1 m3 = 1000 liter = RM 0.70

75 liter = RM 0.70 x 75/1000 = RM 0.053 bagi setiap basuhan lengkap.

Jumlah penggunaan Utiliti = Elektrik + Air

= RM 0.014 + RM 0.053

= RM 0.067 ( 6.6 sen bagi tiap basuhan lengkap)

Purata penggunaan maksimum = 5 kali basuhan sehari @

150 kali basuhan dalam sebulan ( 30 hari)

= 150 x RM 0.067
= RM 10.050 sebulan