Friday, August 13, 2010

Keistimewaan Kami

 Perkhidmatan kami mengenakan caj yang berpatutan dimana kadar caj yang dikenakan adalah sebanyak RM0.30 sekilogram atau RM 2.OO bagi setiap muatan basuhan maksimum 7 Kilogram. Caj ini adalah jauh lebih murah berbanding sesetengah syarikat dobi yang lain yang mengenakan RM 3.00 bagi tiap 5 kilogram muatan basuhan atau 0.60 sekilogram.

 Perkhidmatan dobi layan diri kami dilengkapi dengan teknologi canggih ‘Multi-Coin Slot Mechanism’ yang boleh menerima kesemua syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Walaupun kos untuk mengaplikasikan teknologi Multi-Coin Slot adalah sangat tinggi, tetapi pihak kami sanggup untuk menyediakannya bagi memastikan perkhidmatan terbaik dan bagi mengelakkan masalah kesukaran pengguna untuk mendapatkan syiling-syiling tertentu.

 Pihak kami menjanjikan khidmat servis baik pulih segera dan terbaik melalui pusat servis dan baik pulih di Kuala Lumpur.

 Kos pemasangan yang melibatkan kerja-kerja pendawaian dan perpaipan akan ditanggung sendiri oleh pihak kami tanpa melibatkan kos dari pihak pengurusan asrama.

 Prospek pengunaan akan lebih efektif dan berkesan berdasarkan kepada perlaksanaan yang telah dilakukan oleh pihak kami sebelum ini kerana pelajar tidak perlu bersusah-payah untuk berulang-alik membawa pakaian yang hendak dibasuh ketempat yang jauh dan juga masalah pelajar siswi yang agak keberatan dan malu untuk menggunakan perkhidmatan dobi yang berada di lokasi yang terbuka atau berpusat.




 Pihak kami akan menanggung sepenuhnya risiko yang bakal terjadi dan pihak kami tidak sekali-kali akan meletakan tanggunggjawab ini kepada pihak pentadbiran ASRAMA SEKOLAH / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM / SWASTA dan pentadbiran asrama kediaman pelajar sekiranya berlaku sesuatu yang negatif.

 Penggunaan tenaga elektrik yang rendah melalui teknologi terkini “energy saving” dimana tiap basuhan hanya melibatkan kos pengunaan elektrik sebanyak 3 sen sahaja. Ini adalah disebabkan teknologi motor mesin basuh yang hanya memerlukan kuasa elektrik yang rendah bagi menghasilkan putaran turbo pada kelajuan 700 hingga 900 rpm. Ia adalah berbeza dengan sesetengah mesin basuh layan diri yang lain yang melibatkan kos pengunaan elektrik sebanyak RM0.25 bagi tiap basuhan.

 Mesin kami dilengkapi teknologi terkini yang dapat menghindarkan sebarang aktiviti penipuan seperti yang berlaku pada telefon awam dan struktur rekabentuk mesin yang tahan lasak dapat mengurangkan risiko vendalisme. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, pihak kami akan menanggung risiko tersebut tanpa melibatkan pihak pengurusan asrama.

1 comment:

  1. salam?
    berapa harga sebuah mesin?
    termasuk dgn pemasangan n other charges?

    ReplyDelete

INFO

Basic Info

Company Name: Insywah Enterprise
Category:Business - DOBI
Description:Menyediakan pekhidmatan Coin and Note Operated Washing Machine’ ( Mesin Basuh Menggunakan Kertas dan syiling) untuk penghuni asrama.

Contact Info

Email: nora7201@yahoo.com
Website:http://insywahdobi.blogspot.com
Office: Kuala Lumpur
Location: Kuala Lumpur/Selangor

Recent News

News:
Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan. Projek ini adalah projek mesin basuh layan diri yang menggunakan duit Kertas RM1.00 dan syiling untuk kegunaan Asrama-asrama, Kolej-kolej dan IPTA/IPTS di seluruh Malaysia.

Diharapkan program yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dan matlamat serta mendapat kerjasama dari semua pihak. Semoga program ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan segala manfaat dan kebaikan dapat dikecapi bersama.

Sofi Jaafar
Pengurus
Insywah Enterprise
H/P : 019-311 8631 / 019-3099276

SPECIFIKASI MESIN BASUH

Kapasiti Muatan Penuh 7.0 - 10.0 kilogram

Algorisme Basuhan Basuh – bilas – kering

Program Basuhan 9

Jumlah Masa Pusingan Basuhan (minit ) 45

Paparan Digital Paparan 88

Noise Level (db ) Membasuh/Mengering 45/52

Kadar Pusingan Motor (rpm ) 50 Hz 700

Kuasa Masukan (Watt ) 50 Hz 290

Maximun Power Consumption ( W/h ) 50 Hz 85

Water Consumption Cycle (liter ) 75 liter

Penggunaan Elektrik

Melalui spresifikasi di atas, penggunaan kuasa elektrik bagi setiap unit adalah 85 Watt sejam. Masa basuhan pula adalah 45 minit dan pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

1kW = 1000 W = RM 0.218

Maksimum Penggunaan Elektrik setiap basuhan = 85W @ RM 0.018

Masa basuhan lengkap adalah 45 minit = RM 0.020 (20 sen per basuhan)

Penggunaan Air

Basuhan lengkap melibatkan penggunaan air sebanyak 75 liter.

Pengiraan adalah seperti berikut :

1 m3 = 1000 liter = RM 0.70

75 liter = RM 0.70 x 75/1000 = RM 0.053 bagi setiap basuhan lengkap.

Jumlah penggunaan Utiliti = Elektrik + Air

= RM 0.014 + RM 0.053

= RM 0.067 ( 6.6 sen bagi tiap basuhan lengkap)

Purata penggunaan maksimum = 5 kali basuhan sehari @

150 kali basuhan dalam sebulan ( 30 hari)

= 150 x RM 0.067
= RM 10.050 sebulan